16 Juta Rakyat Yaman Menuju Gelombang Kebuluran yang Teruk

Miftahul Khair | 15 Oktober 2021, 11.30 AM

YAMAN - Yaman akan berhadapan dengan gelombang kebuluran yang teruk sekiranya masalah sumber bekalan makanan tidak ditangani sebaiknya oleh kerajaan. Berita yang dikeluarkan The Guardian menyatakan sekurang-kurangnya 5 juta rakyat Yaman berada dalam kebuluran dan 16 juta yang lain sedang menuju ke arah gelombang kebuluran.

David Beasley, Pengarah Eksekutif World Food Programme (WFP) menyatakan bahawa warga Yaman ketika ini berhadapan dengan kesukaran mendapatkan bekalan makanan asas berikutan harga makanan yang tinggi ditambah lagi dengan kurangnya sumber minyak dan sekali gus membawa kepada malapetaka buat Yaman.

Peperangan yang berterusan akan sentiasa menghalang usaha-usaha pelbagai pihak untuk membantu rakyat Yaman. Justeru, tindakan utama bagi menangani kebuluran di Yaman adalah bergantung kepada sikap agresif dan kesungguhan pihak kerajaan dalam bertindak.

© All rights reserved 2024, Aman Palestin