29 Orang Awam Jadi Mangsa Peluru Berpandu Syiah Houthi

Rusydan Yusup | 1 November 2021, 9.58 PM

MARIB – Muammar Al-Iryani,  Menteri Penerangan Yaman memaklumkan dalam satu hantaran di Twitter hari ini bahawa serangan peluru berpandu balistik pemberontak Syiah Houthi ke atas masjid dan sekolah agama telah membunuh dan mencederakan penduduk awam.

Dilaporkan sebanyak 29 orang awam menjadi mangsa serangan termasuk wanita dan kanak-kanak. 

Walaupun begitu, masih tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pemberontak Houthi berkaitan serangan ini. 

Syiah Houthi dalam kenyataan yang dibuat pada Oktober lalu mengatakan bahawa mereka telah merampas wilayah baharu iaitu wilayah Shabwa dan Marib yang kaya dengan sumber tenaga. Tindakan ini dilihat akan merumitkan lagi usaha perdamaian oleh pihak  antarabangsa. - Reuters

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin