5 Orang Syahid Dalam Pertempuran dengan Israel Berhampiran Quds dan Jenin

Mohd Qutaibah Ismail | 27 September 2021, 11.00 AM

TEBING BARAT - Lima orang Palestin dibunuh oleh tentera Israel pada subuh hari Ahad lalu dalam operasi khas mereka untuk melakukan penangkapan besar-besaran di Tebing Barat dan wilayah Al-Quds.

Badan Perhubungan Awam Palestin memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Palestin mengenai kematian 3 orang penduduk bandar Badui di daerah Al-Quds. Sementara itu di daerah Jenin, kematian dua orang pemuda dilaporkan.

Menurut sumber tempatan, antara yang menjadi sasaran dan dibunuh oleh Israel di wilayah Al-Quds adalah Ahmad Zahran, Mahmoud Humaid dan Zakaria Badwan.

Media Israel melaporkan bahawa pasukan khas tentera membunuh sekurang-kurangnya 4 orang Palestin malam tadi dan awal pagi, semasa berbalas  tembakan di beberapa kawasan di Tebing Barat dan Al-Quds.

Media Arab mengumumkan bahawa dua tentera dari pasukan khas Israel cedera semasa pertempuran di Al-Quds dan Jenin.

Kekejaman dan pembunuhan akan terus berlanjutan selagi negara haram Israel masih wujud. Dunia perlu membantah dan menghentikan segala kerja-kerja jahat Israel dan menyeret mereka ke pengadilan antarabangsa. - Shehab Agency

© All rights reserved 2024, Aman Palestin