AMAN PALESTIN, PERWIRA PERKUKUH HUBUNGAN DENGAN JABATAN PERDANA MENTERI

12 January, 2021

Aman Palestin dan Kelab Perwira Malaysia terus melebarkan sayap perjuangan dalam memperkukuhkan hubungan dengan pihak kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri.

Pertemuan Aman Palestin, Kelab Perwira dan NADMA hari ini memberi ruang serta peluang untuk pihak kerajaan lebih mengenali dan mengetahui usaha yang dilakukan oleh Aman Palestin dan Kelab Perwira khususnya dalam usaha memberikan bantuan yang terbaik buat masyarakat tanah air.

NADMA juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua NGO yang berusaha memberikan bantuan yang terbaik buat mereka yang terjejas akibat banjir besar yang melanda negara ini.

Dalam masa yang sama, NADMA juga mengambil maklum dan akan berusaha membantu setiap NGO dalam memberikan sedikit ruang pergerakan memberikan bantuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

======================

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin #JomMenyumbang #BangkitBerjuangBersama

© All rights reserved 2021, Aman Palestin