Angka Korban Mendadak: Arab Saudi Beri Amaran Bahaya Syiah Houthi Tolak Perjanjian Damai

Ibrahim Azran | 4 Oktober 2021, 8.00 PM

MARIB - Angka korban dan kecederaan meningkat hari ini dalam serangan bom puak Syiah Houthi di Marib. Menteri Luar Saudi memberi amaran bahaya berikutan puak itu menolak perjanjian damai yang bertujuan membawa keamanan untuk negara Yaman.

Sumber tempatan menyatakan bahawa seramai dua orang kanak-kanak terbunuh dan 27 orang awam cedera selepas 3 peluru balistik yang ditembak puak Syiah Houthi membedil kejiranan Al-Rawda di utara Marib, Sanaa.

Sumber tersebut menambah lagi bahawa terdapat kecederaan yang serius dialami oleh mangsa. Antara mangsa tersebut adalah lima orang wanita dan sejumlah kanak-kanak berikutan peluru yang membedil beberapa kawasan berkenaan.

Saleh Al-Qutaibi, Timbalan Jabatan Penerangan Tentera Yaman berkata, hasil siasatan menunjukkan bahawa seorang wanita dan dua kanak-kanak terkorban akibat serangan yang berlaku ketika mereka berada di dalam kediaman rumah mereka.

Sebelum ini, media Yaman melaporkan bahawa tiga peluru balistik dilancarkan puak Syiah Houthi untuk membedil kawasan perumahan Al-Rawda yang berada di kota Marib.

Beberapa bulan lalu, puak Syiah Houthi telah melancarkan serangan besar-besaran ke kota Marib yang kaya dengan minyak. Mereka cuba untuk merampas kubu terakhir kerajaan Yaman yang diiktiraf negara antrabangsa di utara negara itu. Dalam masa yang sama, tawaran kerajaan Yaman kepada puak itu untuk mengadakan perjanjian damai ditolak. - Al-Jazeera

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin