Bantuan Musim Sejuk - Manfaat Lebih 1.5 Juta Penduduk di Palestin, Syria dan Yaman

Miftahul Khair | 10 November 2021, 4.00 PM

MALAYSIA - Aman Palestin terus optimis dalam pelaksanaan agihan bantuan buat mereka yang memerlukan di Palestin, Syria dan Yaman. Usaha ini dilihat mampu menjadi lonjakan buat penduduk di sana dalam menjadikan kehidupan mereka lebih baik dalam masa yang sama meletakkan diri mereka di tempat yang bersedia dalam menghadapi musim sejuk.

Usaha ini lebih fokus dalam pelaksanaan kempen Bantuan Musim Sejuk yang telah bermula pada 1 November yang lalu dan berakhir pada 31 Januari 2022. Sememangnya tujuan pelaksaan kempen ini membawa objektif jelas iaitu memberikan bantuan yang diperlukan khususnya bagi menghadapi musim sejuk.

Ustaz Muhd Farhan dalam Sidang Media Pelancaran Kempen Musim Sejuk 2021 menyatakan bahawa "Kempen Bantuan Musim Sejuk memberi fokus agihan bantuan buat warga Palestin, Syria dan Yaman yang berbentuk keperluan untuk menghadapi musim sejuk. Antara bantuan yang akan disalurkan adalah Kotak Makan, Pemanas dan Kerosin, peralatan musim sejuk dan bantuan klinikal".

Dengan sasaran agihan bantuan sebanyak RM6 juta, lebih 1.5 juta masyarakat di Palestin, Syria dan Yaman akan mendapat manfaat daripada bantuan ini.

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin