“Bila tengok lebih dekat, mereka mengunyah batu, mengunyah skru!"

Miftahul Khair | 4 November 2021, 12.00 PM

LUBNAN - TInjauan Aman Palestin ke kawasan kem pelarian Lubnan pada tahun 2019 dan 2020 mendapati bahawa musim sejuk di sana merupakan satu cabaran besar penduduk di kem pelarian begitu juga yang berada di Palestin, Syria dan Yaman.

Puan Khairunnisa menceritakan pengalamannya sepanjang misi sukarelawan Aman Palestin ke Lubnan dan menyatakan bahawa kehidupan di sana amat susah, Masyarakat di sana memerlukan bantuan yang amat banyak dalam bekalan makanan asas dan persediaan musim sejuk.

Beliau menceritakan pengalamannya dan menyatakan, "Ada waktu saya berada dengan kanak-kanak di sana, saya tengok dia sedang mengunyah sesuatu. Bila tengok lebih dekat, mereka mengunyah batu, mengunyah skru".

Tambahan beliau, "mereka tiada duit untuk membeli kudapan dan hanya itu sajalah cara mereka menghilangkan rasa lapar!".

Kini, Palestin, Syria dan Yaman bakal memasuki musim sejuk yang sudah pasti masyarakat di sana memerlukan persediaan yang rapi dan cukup untuk mereka tempuhi. Mereka juga berharap agar ramai pihak tampil untuk membantu mereka berjuang demi kehidupan yang lebih baik untuk mereka.

© All rights reserved 2024, Aman Palestin