Covid-19: 2 Kematian, 181 Kes Baharu di Gaza Dalam Masa 24 Jam

Ibrahim Azran | 21 Oktober 2021, 8.00 PM

GAZA - Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan dua kematian, 181 kes baharu dalam masa 24 jam selepas menguji 847 sampel ujian COVID-19. Manakala seramai 624 kes pulih dilaporkan pada hari ini.

Jumlah keseluruhan kes sehingga semalam adalah sebanyak 181,115 kes. Sebanyak 9,422 kes aktif dan 170,476 jumlah kes pulih sementara jumlah kematian adalah 1,517.

Kementerian itu juga melaporkan sebanyak 194 pesakit mendapat rawatan di hospital sementara 125 pesakit dalam keadaan kritikal.

Jumlah dos vaksin yang telah sampai di Gaza adalah sebanyak 765,590 dos sementara seramai 466,286 orang rakyat Gaza telah menerima suntikan. - Shehab Agency

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin