Dibuang Dari Syria, Pemimpin Korup Dibenarkan Pulang

Zakwan Zainal | 10 Oktober 2021, 12.00 AM

SYRIA - Presiden Syria, Bashar Al-Assad telah membenarkan pakciknya iaitu Rifaat Al-Assad, yang telah dibuang negeri, untuk kembali ke Syria.

Rifaat tiba di Damsyik pada hari khamis, 7 Oktober untuk mengelakkan dirinya dari dipenjarakan oleh pihak berkuasa dan mahkamah Perancis. Keputusan memenjarakan beliau dimuktamadkan awal tahun ini, selepas kesemua harta dan duitnya yang berada di Sepanyol telah disita.

Beliau dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun oleh mahkamah Rayuan Paris. Beliau yang sebelum ini tidak mahu menjalani hukuman dengan alasan faktor usia dijatuhkan hukuman kesemua hartanya yang dianggarkan sebanyak 90 juta Euro termasuk hartanah dan pangsapuri mewah di Perancis disita.

Rifaat Al-Assad, yang merupakan bekas naib presiden Syria yang korup dan disiasat kerana terlibat dalam pemalsuan cukai, pengubahan wang haram dan penggelapan dana awam negara antara tahun 1996 dan 2016. Tambahan itu, siasatan terhadap kekayaan beliau sekarang telah pun bermula sejak tahun 2014.

Pada tahun 1982, beliau bertindak sebagai komander Briged Pertahanan pada ketika itu, bertanggung jawab di atas kematian sebanyak 10,000 hingga 40,000 pejuang Islam ketika peristiwa percubaan untuk menggulingkan Presiden Hafez al-Assad, iaitu ayah Bashar al-Assad.

Beliau meninggalkan Syria pada tahun 1984, apabila percubaan penggulingan Hafez al-Assad itu telah gagal. - Al Arabiya News

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin