Hamas: Kami Tidak Boleh Biarkan Rakyat Kami Diseksa

Rusydan Yusup | 2 November 2021, 9.17 PM

GAZA - Situasi semasa antara Palestin dan Israel sedang menuju ke arah pertempuran ketenteraan menurut anggota Biro Politik Hamas, Zaher Jabareen semalam.

Bercakap kepada Radio Al Aqsa, Jabareen berkata: "Ketegangan di dalam penjara Israel semakin memuncak sejak tahan Palestin berjaya meloloskan diri dari Penjara Gilboa”.

Jabareen juga menyeru agar rakyat Palestin bersatu dan berdiri teguh ibarat satu tubuh dalam menyokong perjuangan saudara-saudara mereka yang sedang berada di dalam penjara Israel.

"Kami pihak pejuang Palestin sedang memantau apa yang berlaku di dalam penjara. Kami telah memaklumkan kepada semua negara yang mempunyai hubungan dengan kami bahawa isu ini (tahanan) boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk”.

Pegawai Hamas itu menyambung: "Pihak pejuang dan rakyat Palestin, tidak boleh hanya berdiam diri dalam masa yang sama tahanan kami menghadapi seksaan”.

Jabareen berkata bahawa seluruh rakyat Palestin akan meneruskan solidariti mereka dengan para tahanan dan mendesak agar rejim Israel membebaskan mereka. - MEMO

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin