Hamas: Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Tidak Menepati Aspirasi Rakyat

Rusydan Yusup | 24 September 2021, 10.25 PM

 

GAZA - Zakaria Muammar, ahli biro politik Hamas, menggesa  agar diadakan pilihan raya politik yang menyeluruh, sambil menekankan bahawa ianya merupakan hak rakyat Palestin yang perlu dilaksanakan secara berkala.

 

"Rakyat kita mahukan pilihan raya politik yang menyeluruh di mana mereka memilih wakil pilihan mereka," kata muammar dalam temu bual yang disiarkan di Tv al-Aqsa pada petang khamis, menegaskan bahawa pengisytiharan Pihak Berkuasa Palestin (PLO) untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan adalah bertujuan mengaburi mata dan tidak menepati aspirasi rakyat.

 

Tambah beliau lagi, rakyat mahu diadakan pilihan raya Presiden, Majlis Perundangan Palestin dan Majlis Kebangsaan Palestin, serta pilihan raya menyeluruh  yang membentuk pembaharuan sebenar bagi menentukan masa depan negara.

 

Muammar menegaskan bahawa PLO merancang pelaksanaan pilihan raya ini hanya sekadar memenuhi agenda politik mereka. Ia merupakan  pemilihan majlis tempatan dengan komuniti penempatan yang terhad untuk mengaburi mata rakyat.

 

Di Genting Gaza, PLO telah memilih 11 majlis perbandaran, dengan jumlah penduduk hanya 90,000 orang, untuk mengadakan pilihan raya, katanya.

 

Muammar berkata pihak berkuasa telah mengelak daripada mengadakan pilihan raya dalam skala besar kerana takut akan memberi kesan negatif terhadap mereka.

 

ketika berbicara lagi mengenai pilihan raya di Baitul Maqdis, Muammar berkata mereka telah menyediakan visi pilihan raya di Baitul Maqdis, tetapi pihak berkuasa tidak memberikan perhatian kerana mereka mahu membatalkan pilihan raya tersebut kerana mempunyai perkiraan lain.

 

Seandainya pilihanraya di Baitul Maqdis dijalankan, Hamas berpeluang untuk bertanding dan seterusnya memenangi kerusi dan meluaskan penglibatan mereka dalam pengurusan pentadbiran di sana. - Hamas

 

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin