Hamas: Ritual Yahudi Dalam Masjid Al-Aqsa Satu Ejekan Terhadap Umat Islam

Ibrahim Azran | 8 Oktober 2021, 11.00 AM

BAITUL MAQDIS - Gerakan Islam, Hamas berkata dalam satu kenyataan media Khamis lalu bahawa keputusan mahkamah rejim Israel yang memberikan hak kepada pendatang haram Yahudi untuk menceroboh masuk dan melakukan ritual mereka di Masjid Al-Aqsa merupakan satu ejekan terhadap umat islam yang sangat melampau. Perkara ini akan meningkatkan lagi penjajahan Israel terhadap Baitul Maqdis.

Hamas berkata, "Keputusan mahkamah ini merupakan satu permusuhan terang-terangan terhadap Masjid Al-Aqsa dan pengisytiharan daripada perang politik kepada perang agama dan kesucian Islam. Penjajah Israel berterusan membuat pelbagai helah untuk membahagi-bahagikan kawasan Masjid Al-Aqsa dan membuka ruang kepada pendatang Yahudi untuk mencerobohnya."

Hamas menegaskan bahawa Perang Saiful Quds bukanlah peperangan terakhir dan kebangkitan umat Islam telah pun bersiap siaga untuk menentang penjajahan Israel dan pencerobohan Yahudi.

Hamas menyeru umat islam yang berhampiran Baitul Maqdis untuk meningkatkan lagi usaha mengimarahkan Masjid Al-Aqsa untuk mempertahankannya masjid itu dan menghalang perancangan Yahudi Israel untuk memisah-misahkan Masjid Al-Aqsa.

Hamas juga menyeru seluruh bangsa Arab dan umat Islam di dunia untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan bertegas dengan tanggungjawab membela agama Islam dan tanah air Palestin kerana Masjid Al-Aqsa kini sedang menunggu masa untuk dibebaskan oleh umat Islam. - Shehab News

© All rights reserved 2024, Aman Palestin