Hamas Tempelak Usaha Pembinaan Rumah Ibadat Yahudi Di Tebing Barat

Rusydan Yusup | 22 September 2021, 10.15 PM

 

GAZA - Jurucakap Hamas, Dr. Abdul Latif al-Qanu’ mengecam perancangan rejim Israel membina rumah ibadat Yahudi di kawasan penempatan di Tebing Barat. Beliau berkata ia sebenarnya merupakan sebahagian daripada usaha menambah pos-pos strategik baru Israel dan mengembangkan projek penempatan haram Yahudi di Tebing Barat. Keputusan ini mencerminkan dasar agresif rejim Israel memprovokasi rakyat Palestin dan merampas tanah Palestin.

Keputusan itu diumum ketika pertemuan di antara Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz dan Pihak Berkuasa Palestin (PLO). Pihak keselamatan PLO sebenarnya selalu merancang pertemuan dan mesyuarat-mesyuarat yang sia-sia, dan sengaja mengadakan pilihanraya-pilihanraya kecil yang tidak memberikan impak nasional.

Mereka juga tidak menghiraukan bantahan rakyat Palestin terhadap peluasan wilayah di Tebing Barat, yang ia juga membolehkan pihak Penjajah Israel terus berani melakukan jenayah terhadap rakyat Palestin dan membina lebih banyak pos-pos penempatan.

Beliau berkata, perancangan penjajahan Zionis dan pengembangan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat perlu dihadapi dengan pelbagai kaedah dan  medium. Perjuangan menentang rejim Israel dan pendatang haram Yahudi perlu ditingkatkan dengan memastikan pihak berkuasa PLO menghentikan tekanan, penentangan dan penahanan terhadap warga Palestin yang melakukan bantahan  di Tebing Barat dan menamatkan segala bentuk kesepakatan  antara PLO dengan rejim Israel. - Hamas

 

 

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin