Haniyeh Terima Kunjungan Fadwa Barghouti

Rusydan Yusup, 8 Oktober 2021 | 9.23 PM

GAZA - Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh semalam menerima kunjungan Fadwa Barghouti, isteri kepada pemimpin Palestin yang merupakan anggota Jawatankuasa Pusat Fatah, Marwan Barghouti, yang telah dipenjara oleh rejim Israel.

Dalam pertemuan tersebut, mereka membincangkan perkembangan terbaru isu Palestin dan juga cabaran yang dihadapi dalam perjuangan rakyat Palestin.

Bagi pihak Hamas, Haniyeh menegaskan bahawa membebaskan semua tahanan Palestin merupakan keutamaan bagi mereka.

Pada bulan April 2002, rejim Israel menangkap Barghouti dan menjatuhkan sebanyak 5 hukuman penjara seumur hidup serta 40 tahun penjara.

Pada pertengahan bulan Mei, pentadbiran penjara Israel telah memindahkan Barghouti, 62 tahun dari penjara Hadarim ke penjara Ayalon setelah beliau mengeluarkan kenyataan yang meminta rakyat Palestin untuk menentang rejim Israel dan terlibat dalam perjuangan melawan mereka.

Dengan sokongan padu oleh rakyat, Barghouti masih dilihat sebagai tokoh yang dapat memimpin rakyatnya mencapai kemerdekaan. - MEMO

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin