Hanya 3% Bekalan Air Bersih di Gaza

Miqdad Fadzlan Shahidi | 5 Oktober 2021, 12.28 PM

SEMENANJUNG GAZA- Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean dan Institut Global Air, Alam sekitar dan Kesihatan memaklumkan kepada Pejabat Hak Asasi Manusia PBB (OHCHR) bahawa 97% air di Semenanjung Gaza tidak bersih dan diracuni oleh Israel. 

Perkara ini berlaku akibat terputusnya bekalan elektrik yang berterusan sehingga operasi telaga air dan loji kumbahan tidak dapat di proses dengan baik.

Menurut Muhammad Syahadah, Pengawai Program dan Perhubungan Euro-Mediterranean, 12% kematian kanak-kanak dan bayi di Gaza akibat penyakit usus yang berkaitan dengan air yang tercemar.

Syahadah menambah lagi bahawa keadaan seperti ini di Gaza tidak sepatutnya berlanjutan dan pihak rejim Israel dan masyarakat antarabangsa wajib bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa dan kesempitan yang dialami penduduk Gaza. - Shehab News

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin