Hanya 50 Peratus Air di Syria Boleh Digunakan Untuk Kehidupan Seharian

Miftahul Khair | 7 November 2021, 6.00 PM

SYRIA - Dalam 10 tahun peperangan yang berlaku di Syria,  kadar penggunaan air bersih untuk tujuan harian setiap tahun semakin merudum dan merisaukan warga Syria. Munurut ICRC, sejak 10 tahun lalu ketika bermulanya peperangan sehingga tahun 2021, kadar air bersih yang boleh digunakan hanya 50 peratus berbanding pada tahun 2011 yang boleh digunakan 92 peratus.

Penurunan drastik selama 10 tahun ini mencerminkan bahawa keadaan di Syria semakin hari semakin tenat ditambah lagi dengan aktiviti agrikultur yang tidak dapat dilaksanakan dengan baik berikutan bekalan air bersih yang tidak mencukupi.

Kadar penurunan ini turut memberi kesan kepada kesihatan warga Syria yang semakin merudum. Air yang digunakan untuk makan dan minum tidak bersih yang akhirnya membawa kepada kehadiran pelbagai penyakit kepada mereka yang menggunakan air tersebut.

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin