HIDUPNYA ISRAEL KETIKA INI ADALAH SOKONGAN ANTARABANGSA

Tahun 2021 mencatatkan peningkatan yang ketara dalam kes serangan dan penindasan yang dilakukan oleh Zionis Israel ke atas rakyat Palestin. Dalam masa tiga bulan pertama pada tahun 2021, lebih 210 kes serangan penduduk haram israel ke atas rakyat Palestin. Sudah pasti apabila Pihak berkuasa Israel melihat tindakan penduduk haram Israel menyerang rakyat Palestin, tiada tindakan yang dilakukan.

 

Hari demi hari setiap penindasan yang dilakukan oleh penduduk haram israel merugikan rakyat Palestin. Pada bulan Februari dan Mac sahaja, puluhan penduduk di lembah Jordan kehilangan tempat berteduh, antaranya penduduk di Khirbet Humsa Al-Fawqa. Tindakan tersebut menyebabkan semakin ramai rakyat Palestin yang terpaksa menjadi pelarian dalam negara sendiri.

 

Melihat kepada kuasa yang dimiliki oleh Israel hari ini, majoritinya adalah daripada negara-negara sekutunya terutamanya Amerika Syarikat dan negara-negara yang menjalinkan hubungan rasmi terang-terangan bersama Israel. Dengan adanya 'back up' daripada negara-negara besar ini, mudahlah Israel menunjukkan kuasanya di tanah Palestin.

© All rights reserved 2024, Aman Palestin