Israel Paksa Rakyat Palestin Robohkan Rumah Sendiri

Faris Zalani | 5 Oktober 2021, 02.55 PM

PALESTIN - Majlis Perbandaran rejim Israel telah memaksa seorang rakyat Palestin untuk merobohkan rumahnya sendiri. Kejadian berlaku di perkampungan Sur Baher, Tebing Barat, Palestin. Mangsa yang bernama Muhammad Al Khatib berkata, Majlis Perbandaran Israel memaksa mereka merobohkan rumah yang dibina oleh mereka sendiri sejak dua tahun yang lalu.

Khatib berkata lagi, Majlis Perbandaran Israel memaksa mereka merobohkan rumah dengan tangan mereka. Jika tidak, rejim Israel akan mengambil khidmat jentera berat untuk merobohkan rumah mereka dan mengenakan kos yang tinggi atas perkhidmatan itu. 

Menurut Khatib lagi, pada mulanya majlis perbandaran mengeluarkan arahan untuk menghentikan pembinaan rumah tersebut, kemudian kembali membenarkan mereka membinanya semula. Namun selepas itu, tiba-tiba majlis perbandaran mengeluarkan surat supaya mereka merobohkan rumah mereka. 

Tambah Khatib lagi, mereka sudah membayar hampir 70 ribu Shekel selama beberapa tahun yang lepas semata-mata untuk mendapatkan kelulusan undang-undang untuk membina rumah mereka di atas tanah mereka sendiri. Rumah mereka hanyalah seluas 80 meter persegi.

Kekejaman rejim Israel akan sentiasa berterusan sekiranya tiada langkah yang serius untuk mebebaskan tanah Palestin daripada penjajahan mereka. - Shehab Agency

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin