Israel Takut Lukisan Mural di Dinding

Miqdad Fadzlan | 3 Oktober 2021, 9.40 PM

TEBING BARAT- Tentera Zionis telah merobohkan sebuah dinding yang mempunyai lukisan mural di sebuah rumah Palestin di Kota Umm Al Fahm. Lukisan di dinding itu menunjukkan wajah lima pemuda Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel pada tahun 2017 dan 2018.

Antara pemuda Palestin tersebut adalah Muhammad Ahmad Mafdal Jabrin, Muhammad Hamid Abed Eltif Jabrin dan Muhammad Ahmad Muhammad Jabrin. Mereka dituduh melakukan serangan menikam rakyat Israel di bandar Al-Quds pada Julai 2017. Di bawah lukisan wajah mereka tertulis perkataan, “senyuman hari esok akan lebih lebar”.

Operasi merobohkan dinding tersebut dibantu oleh polis Israel dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin