Kehadiran Mutasi Virus yang Menyebabkan Peningkatan Jangkitan COVID-19 Dalam Kalangan Kanak-kanak di Gaza

Mohd Qutaibah Ismail | 21 September 2021, 11.58 AM

 

GAZA - Dr. Sherine Abed, Ketua Jawatankuasa Kawalan Covid-19 di Hospital Kanak-kanak Al-Nasr, mengesahkan terdapat peningkatan yang luar biasa dalam penyebaran jangkitan pernafasan iaitu bronkitis ringan yang mempengaruhi bayi baru lahir hingga usia dua tahun. Perkara ini belum pernah berlaku sebelum ini.

 

Beliau berkata, "Mutasi virus dalam gelombang ketiga ini menjangkiti lebih ramai anak dan bayi yang baru lahir di Gaza dibandingkan dengan gelombang pertama dan kedua".

 

Abed menunjukkan bahawa terdapat peningkatan jumlah kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 setiap hari sekitar 20-25% dari jumlah kes. Kebanyakan mereka mendapatkan rawatan di Hospital Al-Nasr dan Al-Rantisi.

 

Mengenai gejala jangkitan pada kanak-kanak, Abed mengesahkan tiada banyak perbezaan daripada gelombang pertama dan kedua, di mana gejala yang paling menonjol adalah suhu meningkat, diikuti oleh selesema, selesema atau sakit tekak, dan sebahagian kecil mengalami kesukaran bernafas.

 

Dia menambah lagi bahawa walaupun berlaku penyebaran virus baru dalam kalangan anak-anak, gejalanya masih ringan, dan kadar rawatan mereka adalah antara dua hingga tiga hari dan lebih pada anak-anak yang mempunyai tahap risiko yang lebih tinggi.

 

Abed menasihati ibu bapa yang mempunyai anak yang dijangkiti untuk memeriksa keadaan mereka dan memberi mereka paracetamol dan makanan tambahan yang berkhasiat.

 

Mereka juga dinasihatkan untuk terus menysukan bayi mereka jika bayi mereka masih dalam fasa penyusuan. Sama-sama kita membantu rakyat Gaza dalam menghadapi kesulitan hidup dan mendoakan seluruh dunia bebas daripada wabak ini. - Shehab Agency

© All rights reserved 2024, Aman Palestin