Kualiti Pendidikan yang Merudum Punca Kerencatan Sistem Sosial Yaman

Miftahul Khair | 19 Oktober 2021, 6.00 PM

YAMAN - 6 tahun berlalu sejak tercetusnya perang besar di Yaman, penduduk di sana terus berhadapan dengan kehidupan yang semakin merudum dan memerlukan bantuan yang amat banyak. Sektor pendidikan juga tidak terkecuali menerima impak akibat peperangan yang berlaku.

Dalam laporan yang dikeluarkan UNICEF, lebih 2 juta anak-anak Yaman tidak dapat hadir ke sekolah akibat kebuluran, kemiskinan dan tiada peluang untuk memasuki sekolah. Jumlah tersebut adalah berganda daripada tahun 2015 sejak konflik di Yaman bermula.

Pendidikan merupakan satu sektor utama dalam pembentukan pemikiran generasi positif dan terkehadapan. Situasi di Yaman menghalang generasi muda mereka untuk terus ke hadapan dalam bidang ilmu. Sudah pasti generasi yang bakal dibentuk adalah generasi yang cetek dalam penguasaan ilmu.

© All rights reserved 2024, Aman Palestin