Majlis Kebangsaan Palestin Ucap Takziah kepada Hamas

Ibrahim Azran | 2 September 2021, 10.41 AM

 

GAZA, 1 September 2021- Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh menerima ucapan takziah daripada Salim Al-Za'noun, Ketua Majlis Kebangsaan Palestin atas pemergian seorang pemimpin Hamas, Allahyarham Ibrahim Ghosheh.

 

Al-Za'noun berkata dalam ucapannya, "kami telah menerima berita pemergian pemimpin Hamas, Ibrahim Ghosheh. Beliau telah banyak berjasa dan berusaha untuk memperjuangkan isu Palestin, tanah air ini dan bangsa Arab”.

 

Beliau menambah dalam ucapannya, "Kami memohon Allah supaya mengampunkan beliau, meluaskan rahmat Allah baginya, menempatkannya di syurga. Semoga pemergian beliau memberikan inspirasi buat Hamas."

 

Ibrahim Ghosheh seorang jurutera dan bekas pimpinan tertinggi Hamas telah dilaporkan meninggal dunia semalam pada usia 85 tahun kerana faktor usia. Beliau pernah menjadi jurucakap Hamas.

 

Semoga semangatnya memperjuangkan Palestin berjaya diwarisi dan terus subur dalam generasi ummat zaman ini. - Shehab Agency

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin