Mangsa Perang Meningkat Faktor Utama Pembinaan Hospital Aman Palestin

Miftahul Khair | 14 Januari 2022, 2.30 PM

Dianggarkan 192 penduduk Palestin terkorban dalam serangan-serangan yang disasarkan oleh Tentera Rejim isr.4el pada perang Gaza-Isr.4el Mei tahun 2021 yang lalu, menurut laporan yang dikeluarkan Airwars sekaligus menjadikan angka mangsa peperangan di Gaza semakin meningkat.

Kewujudan hospital menjadi satu bantuan yang amat besar buat penduduk di Gaza berikutan peningkatan mangsa peperangan dan sentiasa menjadi sasaran Tentera Rejim isr.4el. Dengan adanya penambahan beberapa buah hospital di sana, ia sedikit sebanyak membantu penduduk di Gaza bagi mendapatkan rawatan dalam pelbagai jenis penyakit.

Aman Palestin juga tidak melepaskan peluang dalam membantu membina infrastruktur keperluan rakyat Palestin di Gaza dengan pembinaan HOSPITAL AMAN PALESTIN yang memberi fokus kepada rawatan penduduk Gaza yang trauma akibat peperangan dan situasi-situasi yang lain.

Hospital Aman Palestin didirikan dengan tujuan untuk menyediakan rawatan psikologi yang terbaik untuk rakyat Palestin di Gaza yang mengalami trauma akibat peperangan yang berlaku. Bahkan dengan adanya hospital ini, kualiti rawatan dan jumlah pesakit yang menerima manfaat akan terus meningkat ditambah lagi dengan para penyumbang yang sentiasa berterusan menghulurkan bantuan buat pembinaan serta operasi hospital tersebut.

© All rights reserved 2024, Aman Palestin