MENGEJAR SYURGA AR-RAYYAN BUKAN SEKADAR MENAHAN MAKAN DAN MINUM

Menurut bahasa, puasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu, seperti makan, minum dan bercakap, Sementara puasa dari segi syara’ pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa. (Sumber: Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan).

 

Berpuasa bukan sekadar menahan makan dan minum, malah kita juga dilarang untuk melakukan sebarang amalan yang boleh membatalkan puasa tersebut, antaranya melakukan hubungan intim di siang hari, muntah dengan sengaja, gila atau murtad. Apabila kita berusaha mengelakkan diri kita daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa (kecuali uzur yang tak dapat dielakkan), maka mudahlah jalan kita untuk memasuki syurga melalui pintu Ar-Rayyan.

 

Daripada Sahal bin Sa’d R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama al-Rayyan khusus untuk ahli puasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain mereka tidak dibenarkan masuk.”

(Riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim)

 

 

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin