Mengenali Kebuluran dan Malnutrisi di Yaman Sebagai Satu Isu Kemanusiaan

Miftahul Khair | 1 Oktober 2021, 11.00AM

YAMAN - Keadaan keluarga yang menetap di kawasan perang Yaman kini berada dalam keadaan yang amat membimbangkan. Mereka adalah golongan berisiko tinggi dalam menghadapi kebuluran, malnutrisi, tahap pendidikan yang merudum dan masa depan yang malap.

Malnutrisi di Yaman dapat diklasifikasikan sebagai faktor utama kemunduran sistem kehidupan sosial di Yaman. Malnutrisi atau kekurangan zat makanan ini membawa kepada tiga keadaan, iaitu sistem penghadaman yang tidak baik, membuka kepada kehadiran penyakit-penyakit lain dan yang paling merisaukan adalah kematian.

Isu yang berlaku di Yaman ini sudah memasuki klasifikasi isu kemanusiaan berikutan konflik yang membawa kepada pengorbanan nyawa yang tidak bersalah. Sudah semestinya tindakan mewujudkan perang yang membawa kepada kehilangan nyawa yang tidak bersalah adalah tindakan yang bertentangan dengan norma kehidupan manusia.

Usaha memberi rawatan buat warga Yaman giat dilaksanakan namun ia tidak mampu mencapai tahap 100 peratus sekiranya mereka masih berada dalam fasa peperangan dan sekatan yang banyak. - Aman Palestin

© All rights reserved 2024, Aman Palestin