Menteri Luar Arab Saudi Terima Wakil PBB ke Yaman

Ibrahim Azran | 6 Oktober 2021, 12.00 AM

RIYADH - Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal menerima kunjungan wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) ke Yaman, Hans Grundberg isnin lalu.

Putera Faisal bin Farhan dan Hans Grundberg bertemu untuk meneliti usaha kerajaan Arab Saudi ke arah mencapai tahap keselamatan dan kestabilan di Yaman.

Pertemuan itu juga membincangkan penyelesaian krisis Yaman dan untuk mengekang serangan kemanusiaan yang dilancarkan oleh puak Syiah Houthi di negara bergolak itu.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Duta Arab Saudi di Yaman, Mohammed Al-Jaber. - Arab News

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin