MERAIKAN HARI KANAK-KANAK PALESTIN, 140 DI PENJARA ISRAEL

sempena meraikan hari Kanak-Kanak Palestin, warga Palestin sentiasa diingatkan mengenai generasi muda di Palestin yang sentiasa berhadapan dengan ancaman setiap hari. Kelab Banduan Palestin juga mengeluarkan laporan bahawa 140 kanak-kanak ditahan dan dipenjara oleh Israel, termasuk 2 orang tahanan pentadbiran.

 

Menurut Jabatan Pertahanan Kanak-kanak Antarabangsa-Palestin, mereka memaklumkan bahawa dalam setiap tahun, sebanyak 500 hingga 700 kanak-kanak didakwa oleh tentera rejim Israel di Mahkamah Tentera Israel. Pada akhir Mac 2021 sahaja, pendakwaan ke atas kanak-kanak di Palestin mencecah 230 dakwaan dan kebanyakannya di Baitulmaqdis.

 

hari Kanak-kanak Palestin yang disambut pada 5 April setiap tahun memberikan gambaran bahawa kanak-kanak merupakan satu golongan yang amat penting dalam menjadikan generasi akan datang adalah generasi yang mampu menyambung legasi perjuangan Palestin.

 

Sumber: Middle East Monitor

 

======================

 

Disclaimer: Penulisan adalah merujuk kepada sumber dan bukan daripada penulis dan Aman Palestin Berhad

 

======================

 

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin

#JomMenyumbang

#BangkitBerjuangBersama

© All rights reserved 2024, Aman Palestin