Pertempuran di Bandar Taiz Berlanjutan, Kematian dan Kecederaan Meningkat

Zakwan Zainal | 6 Oktober 2021, 12.00 AM

YAMAN - Angkatan Tentera Nasional Yaman memaklumkan bahawa satu pertempuran dengan militan Houthi yang disokong Iran telah tercetus di utara dan barat kota Taiz, beberapa jam selepas kemenangan tentera di barat dan timur bandar.

Pusat operasi di Taiz mengatakan dalam satu pernyataan ringkas, bahawa pertempuran itu berlanjutan pada awal pagi ini di sekitar Gunung Han, sebelah barat bandar Taiz.

Dalam satu kenyataan lain, maklumat dari pusat operasi mengatakan bahawa angkatan Tentera Nasional Yaman, bertempur dengan anggota militan Houthi melalui pertahanan udara di barat laut bandar itu.

Pada awal malam semalam, Tentera Nasional mengumumkan kejayaan membebaskan tempat-tempat kawalan dari militan Houthi yang membawa kepada pembunuhan dan kecederaan 11 anggota militan Houthi, dalam satu operasi di Wadi Salh, timur bandar.

Semalam, Selasa, jurucakap pusat operasi Taiz, Kolonel Abdul Basit Al-Bahr, mendedahkan jumlah kematian dan kecederaan ke atas militan Houthi mencecah 50 orang dan mereka juga berjaya memusnahkan kenderaan tentera militan Houthi dalam pertempuran keganasan di mana pasukan tentera Nasional mencapai kemenangan, di sebelah barat Taiz.

Pertempuran terjadi ketika militan Houthi baru menerima bantuan termasuk kenderaan tentera dan anggota-anggota dalam usaha untuk meluaskan dominasi mereka. - Yemen Now

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin