Pintu Sempadan Rafah Kembali Dibuka

Faris Zalani | 8 Oktober 2021, 03.13 PM

SEMENANJUNG GAZA - Sejak seminggu yang lalu,  seramai 2383 penduduk  Gaza telah keluar negara melalui laluan darat di sempadan Rafah-Mesir, sebelah utara Gaza. Statistik itu dikeluarkan oleh pihak  Kementerian Dalam Negeri Mesir.

Dalam satu kenyataan media, pihak Kementerian Dalam Negeri Mesir menyebut, “pergerakan keluar masuk melalui sempadan sejak seminggu ini adalah seramai 2383 orang yang keluar dari Mesir manakala seramai 1388 orang yang masuk ke Mesir. Selain itu terdapat 85 orang yang dihantar oleh pihak berkuasa Mesir kembali ke Gaza”.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa segala pergerakan keluar masuk melalui sempadan Rafah dihentikan semalam iaitu pada hari Khamis kerana cuti umum bagi negara Mesir dan akan dibuka kembali pada hari Ahad waktu pagi. - Shehab News

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin