PQDM TINGKAT JATI DIRI PEMBACA AL-QURAN MELALUI SUMBANGAN BUAT PALESTIN

12 January, 2021

Pertubuhan Quran Daily Malaysia (PQDM) mengambil jalan terbaik dalam meningkatkan jati diri dan semangat pembaca Al-Quran melalui sumbangan buat warga Palestin hasil daripada ahli peserta pembaca Al-Quran di pertubuhan tersebut.

Pengerusi PQDM, Haji Mustapa Omar dan Timbalan Pengerusi, Hajah Rahana Ab Rahim telah menyampaikan sumbangan tersebut melalui Aman Palestin Cawangan Bangi yang diwakili oleh En. Wan Ammar Muslim, Pengurus Aman Palestin Cawangan Bangi.

Aman Palestin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli PQDM atas sumbangan yang telah diberikan dan berharap agar lebih ramai lagi masyarakat yang akan menyertai PQDM dalam memantapkan bacaan Al-Quran.

Kepada masyarakat yang ingin turut serta dalam memantapkan bacaan Al-Quran melalui Pertubuhan Quran Daily Malaysia (PQDM), boleh hubungi Hajah Rahana - 019-2692027 untuk maklumat lanjut.

======================

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin #JomMenyumbang #BangkitBerjuangBersama

© All rights reserved 2021, Aman Palestin