Rakyat Yaman Dahagakan Air Bersih, Bukan Perang Yang Berpanjangan

12 October, 2021

Miftahul Khair | 12 Oktober 2021, 1.00 PM

YAMAN - Peperangan yang berlaku di Yaman bukan sekadar memberi impak kepada ekonomi, malah ia turut memberi kesan besar terhadap masyarakat di sana yang ingin mendapatkan bekalan air bersih.

Kementerian Air dan Alam Sekitar Yaman dalam satu sidang media berkata, perang telah mempengaruhi sektor itu dan merampas akses ribuan warga Yaman untuk mendapatkan air minuman.

Untuk mendapatkan bekalan air bersih, penduduk Yaman terpaksa berjalan berpuluh-puluh kilometer dan ia merupakan kesukaran hidup yang sepatutnya menjadi tumpuan kerajaan untuk membantu.

Akibat daripada kekurangan bekalan air bersih, penduduk Yaman berhadapan dengan krisis kesihatan yang teruk terutamanya penyakit malnutrisi dan kekurangan zat dalam badan.

 

© All rights reserved 2021, Aman Palestin