RAMADAN BERSAMA - KEGEMBIRAAN BUAT PARA PEJUANG

Kempen Ramadan Bersama anjuran Aman Palestin telah menampakkan keberkesanan pelaksanaan kempen ini apabila bermulanya agihan bantuan kepada warga Palestin, Syria dan Yaman. Dalam agihan pertama di Palestin, tiga tempat yang mendapat manfaat iaitu di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

 

Dalam bantuan yang disalurkan melalui kempen Ramadan Bersama ini, manfaat yang diperoleh para penerima termasuklah kotak makanan, Bakul sayur-sayuran, pek makanan sahur dan iftar, baju raya, hadiah raya dan bantuan wang tunai.

 

Daripada agihan bantuan-bantuan di atas sudah cukup untuk mereka menampung keperluan bekalan makanan asas sepanjang bulan Ramadan. Meskipun bantuan yang diberikan ini hanya mampu untuk mengisi perut kosong mereka yang memerlukan di sana, tetapi ia adalah satu rahmat besar buat mereka dan bantuan ini jugalah yang mampu mengukir senyuman buat mereka di sana.

© All rights reserved 2024, Aman Palestin