RAMADAN DI PALESTIN DIMULAKAN DENGAN TEMBAKAN SEHINGGA BUTA

Dalam satu serangan yang dilepaskan oleh Tentera Rejim Israel di Bab Al-Zawiya, seorang remaja kehilangan penglihatan setelah peluru keluli bersalut getah mengenai sebelah mata beliau. Izz Al-Din Nadal berumur 14 tahun mengalami kecederaan parah pada mata kanannya dan dirawat di hospital di Hebron sebelum dipindahkan ke Hospital Mata St John of Jerusalem untuk pembedahan.

 

Menurut keterangan bapa beliau, nadal berada di sebuah kedai di pasar Andalusia bersama sepupu beliau sebelum beliau cedera akibat serangan yang dilakukan oleh Tentera Rejim Israel. Serangan tersebut dilakukan ke atas lelaki yang dilaporkan melempar batu tetapi bapanya menjelaskan bahawa beliau dan Nadal tidak terlibat.

 

“Sangat jelas, (tentera) menyasarkan tembakan ke arah kami dan terkena mata Nadal,” kata sepupunya. 

 

Hari pertama Nadal di bulan Ramadan tahun ini terpaksa berhadapan dengan kesakitan dan kehilangan sebelah matanya. Semoga Allah SWT menggantikan semula mata beliau dengan sesuatu yang lebih besar.

 

Sumber: ISMAweb / Agensi

© All rights reserved 2024, Aman Palestin