Serangan Dron ke Arah Lapangan Terbang Arab Saudi Berjaya Digagalkan

Faris Zalani | 7 Oktober 2021, 03.25 PM

ARAB SAUDI - Tentera Pakatan Arab melaporkan bahawa mereka berjaya memintas dron pemusnah yang sarat dengan bahan letupan yang menyasarkan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Abha, Arab Saudi. Serangan itu didalangi oleh puak Pakatan Houthi-Iran.

Tentera Pakatan itu berkata dron yang dimusnahkan itu hancur berkecai dan berselerakan dan mengakibatkan empat pekerja di lapangan terbang mengalami kecederaan ringan, manakala cermin kaca di lapangan terbang hanya pecah berkecai sahaja.

Saluran TV Saudi melaporkan bahawa aliran trafik kembali pulih selepas ia berhenti buat seketika. 

Tentera Pakatan menuduh tentera Pakatan Houthi yang mendapat sokongan daripada Iran mendalangi serangan tersebut. “Tentera Houthi cuba menyasarkan rakyat awam di lapangan terbang Abha sebagai mangsa perang mereka”, lapor wartawan TV Saudi.

Mereka menambah bahawa mereka juga sudah memusnahkan tapak pelancaran dron di kawasan wilayah Saada. 

Tentera Pakatan Arab juga berjaya memusnahkan tiga bot yang sarat dengan bahan letupan di wilayah Hodeidah di mana mereka sudah menjangka serangan itu akan berlaku. Perkara ini dilaporkan agensi berita Saudi di ciapan Twitternya semalam.

Tentera Pakatan Arab mengambil keputusan untuk campur tangan dalam konflik yang tidak berkesudahan di Yaman sejak 2015 dan menyokong kerajaan Presiden Abd Rabbu Mansour Hadi yang digulingkan oleh pemberontak Houthi. - Shehab News

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin