Tahanan Palestin Percaya Al-Qassam Akan Bebaskan Mereka

Faris Zalani | 10 November 2021, 02.48 PM

TEBING BARAT – Salah seorang tahanan yang melarikan diri daripada penjara Gilboa Israel,  Ya’qob Qadiri berkata mereka percaya sepenuhnya bahawa mereka akan dibebaskan oleh para pejuang Palestin pada masa akan datang. 

Ketika sesi pendakwaan di mahkamah hari Isnin, Qadiri juga berkata bahawa pihak berkuasa Israel memperlakukan mereka dengan kasar sekali di penjara. Beliau menggambarkan keadaan penjara yang sangat dahsyat seperti berada di kubur.

“Kebebasan kami adalah segala-galanya”, Qadiri berkata lagi. “Palestin adalah untuk kita semua: Jenin, Sikhnin, Umm Al Fahm, Gaza dan Jerusalem. Kami semua akan Bersatu lagi sebagai Palestin yang berdaulat”. 

Qadiri dan lima orang lagi tahanan Palesin menggemparkan seluruh dunia dengan kisah mereka yang berjaya melarikan diri daripada penjara Israel yang mempunyai ciri pengawasan yang sangat ketat pada bulan September yang lalu.

Pada masa yang sama, Iyad Jaradat yang didakwa mendanai tahanan Palestin yang melarikan diri juga berkata,”kami akan dibebaskan tidak lama lagi oleh Briged Al-Qassam”. Quds News Network

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin