Takungan Utama Air di Barat Laut Syria Sudah Kering

Miftahul Khair | 15 November 2021, 10.00 AM

SYRIA - Takungan utama Barat Laut Syria kini sudah kering dan menjejaskan aktiviti lebih ratusan keluarga di sana. Takungan tersebut terbentuk daripada empangan Al-Duwaysat yang terletak di daerah Idlib. Namun, kini ia telah menjadi hamparan yang kering dan tempat haiwan ternakan minum.

Ini merupakan pertama kali buat penduduk Syria berhadapan dengan kekeringan kawasan takungan air utama di sana sejak empangan Al-Duwaysat dibina pada tahun 1994. Dianggarkn 800 keluarga bergantung kepada sumber takungan air tersebut untuk aktiviti seharian dan pertanian.

Menurut Jurutera yang menguruskan takungan tersebut, Maher al-Hussein dalam satu berita menyatakan keadaan tersebut berkaku "kerana kemarau, kurangnya hujan yang turun dan kini mereka boleh berjalan di dasar takungan tersebut".

Beliau juga menambah bahawa keadaan tersebut merupakan pertama kali dihadapi oleh penduduk di sana. Kali terakhir penduduk di sana dapat menikmati hasil tanaman mereka dengan kapasiti yang banyak adalah dua tahun lalu. - MEMO

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin