Tentera Israel mengharamkan NGO Hak Asasi Manusia di Palestin

Miqdad Fadzlan Shahidi | 8 November 2021, 11.30 AM

TEBING BARAT- Rejim Israel mengeluarkan perintah mengisytiharkan pengharaman enam pertubuhan hak asasi manusia Palestin semalam.

Kesan daripada pengisytiharan itu membolehkan tentera Israel menutup pejabat pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan sekaligus merampas harta milik enam NGO tersebut.

Antara NGO yang diharamkan ialah Sokongan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Addameer, Al-Haq, Pusat Kajian dan Pembangunan Bisan, Pertahanan untuk Kanak-Kanak Palestin, Kesatuan Jawatankuasa Kerja Pertanian (UAWC) dan Kesatuan Jawatankuasa Wanita Palestin.

Dua minggu yang lalu, rejim Israel telah mengisytiharkan bahawa sebarang pertubuhan hak asasi manusia sebagai pertubuhan pengganas. - Quds News Network

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin