Um Gharqan Seperti R&R Pelarian Syria Berikutan Kemarau yang Tidak Berkesudahan

Miftahul Khair | 3 November 2021, 11.00 AM

SYRIA - Um Gharqan yang satu ketika dahulu satu kawasan yang boleh didiami masyarakat Syria kini tidak lagi menjadi penempatan kekal masyarakat di sana berikutan kemarau yang berlaku di kawasan tersebut dan keadaan tersebut menjadi semakin kritikal.

Dalam laporan Bel Trew di tabloid Independent, Um Gharqan bermula dengan keadaan kemarau apabila pada 1950, sungai Khabour terpecah kepada beberapa saluran akibat banjir yang memecahkan laluan sungai tersebut.

Namun sungai tersebut menjadi semakin kering dan penduduk di Um Gharqan tidak mampu untuk mendapatkan bekalan air untuk kehidupan mereka. Terdapat juga pelarian Syria yang menetap di sana tetapi tidak lama kerana di sana sememangnya sukar mendapatkan bekalan air yang cukup.

Kini Syria akan berhadapan dengan musim sejuk yang teruk dan ia memerlukan persediaan yang amat banyak bagi menempuhi musim tersebut.

© All rights reserved 2024, Aman Palestin