Warga Gaza Bakal Menyambut Sesi Persekolahan Baharu

Gaza - Warga Gaza hari ini mula memenuhi di kedai-kedai pakaian dan kelengkapan persekolahan menjelang sesi persekolahan bagi penggal 2021/2022 yang akan bermula awal Oktober ini.

 

Suasana pasar-pasar dan kedai-kedai di Gaza dimeriahkan oleh kehadiran ibubapa yang mencari kelengkapan dan pakaian baharu untuk anak-anak mereka. Turut memeriahkan suasana adalah para peniaga kecil yang hadir dengan pelbagai barang jualan masing-masing.

 

Menurut laporan wartawan merangkap jurugambar, Hassan Eisleh, warga Gaza yang kini masih hidup terhimpit akibat kepungan sejak 2006 dan berhadapan dengan siri-siri serangan rejim Israel, bakal menyambut sesi persekolahan kali ini dalam suasana penuh kesederhanaan.

 

Ammar Akib

10 Ogos 2021, 3.00 petang

© All rights reserved 2024, Aman Palestin