Zakaria Zubeidi Bertemu Peguamnya

Rusydan Yusup | 15 September 2021, 9.30 PM

 

PALESTIN 48 - Zakaria Zubeidi, salah seorang tahanan yang berjaya melepaskan diri dari penjara Gilboa, telah menemui peguamnya untuk kali pertama setelah ditangkap semula pada Sabtu lalu.

 

Zakaria memberitahu peguamnya bahawa dia hanya tahu mengenai rancangan melarikan diri tersebut beberapa hari sebelum itu dan beliau tidak meminta pertolongan dari orang luar.

 

Peguam beliau mengatakan bahawa keadaan kesihatan anak guamnya itu baik meskipun dia dipukul oleh rejim Israel ketika mereka menangkapnya semula.

 

Dalam konteks yang sama, Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan mengatakan bahawa Zakaria dan Muhammad Al-Aridah dipukul dan diseksa ketika mereka ditangkap semula. Zubeidi mengalami patah tulang di rahang dan tulang rusuknya.

 

Suruhanjaya itu menambah bahawa Zubeidi dibawa ke hospital namun beliau hanya diberi ubat penahan sakit. - Quds News

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin