Zaman Kanak-Kanak Syria yang Dilenyapkan Hanya Kerana Peperangan yang Tidak Berkesudahan

Miftahul Khair | 9 November 2021, 11.00 AM

SYRIA - Kehidupan kanak-kanak di Palestin, Syria dan Yaman menjadi satu pertaruhan apabila kehidupan kanak-kanak mereka 'dilenyapkan' berikutan konflik di negara-negara tersebut yang tidak berkesudahan. Cabaran terbesar kanak-kanak di sana adalah mereka perlu berfikir cara untuk mereka meneruskan hidup dalam keadaan yang amat tegang.

Dalam satu kajian yang dikeluarkan oleh Save The Children, antara situasi yang menjadi ketegangan dalam kehidupan kanak-kanak di Syria adalah konflik dan keselamatan, masalah keluarga dan rumah yang tidak kondusif. Tidak terkecuali faktor kemiskinan, ibu bapa yang tidak bekerja dan perkahwinan awal.

Keadaan-keadaan seperti ini membawa kepada kecelaruan pemikiran kanak-kanak kerana dengan umur mereka yang masih muda dan sukar membuat keputusan, mereka tidak mampu untuk mengatur kehidupan mereka, tambahan lagi kanak-kanak yang hilang ibu bapa dan mengharap kepada bantuan semata-mata.

 

 

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin