13 LAGI RUMAH WARGA PALESTIN BAKAL DIROBOHKAN REJIM ISRAEL

22 April, 2021

13 kediaman warga Palestin telah menerima notis daripada pihak berkuasa Israel yang menyatakan bahawa rumah mereka tidak boleh diduduki di Qalaban, Nablus menurut laporan yang dikeluarkan oleh Wafa News Agency. TIndakan merobohkan kediaman warga Palestin di sana atas alasan bahawa rumah yang didiami tidak mendapat kelulusan penuh untuk dijadikan sebuah kediaman.

 

Menurut Ghassan Daghlas, wakil bagi kerajaan Palestin menyatakan bahawa penduduk di sana diserbu oleh tentera rejim Israel dan menyerahkan notis menghalau rakyat Palestin dari rumah-rumah mereka di 13 buah rumah. Ia merupakan satu polisi memusnahkan penempatan Palestin dengan mensasarkan rumah dan keluarga.

 

Tindakan merobohkan kediaman Palestin ini tidak lain adalah untuk membina penempatan haram Israel dan meluaskan lagi kawasan jajahan mereka seperti yang berlaku di beberapa kawasan di Hebron dan Nablus beberapa bulan lalu.

 

Sumber: Middle East Monitor

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin