1,400 RAKYAT PALESTIN TERKORBAN TAHUN 2008 TAK PERNAH DILUPAKAN

Detik hitam yang menghantui warga Palestin di Gaza tahun 2008 terus diingati sehingga kini kerana serangan tersebut adalah antara serangan terburuk ke atas Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 1,400 rakyat Palestin di Gaza.

27 Disember 2008 merupakan tarikh gelap buat warga Palestin apabila tentera rejim Isr.ael melepaskan serangan ke atas Gaza bukan sekadar serangan darat, malah serangan melalui air dan udara juga turut dilancarkan.

Ynet melaporkan sebanyak 80 pesawat, kapal perang dan helikopter menggugurkan lebih 100 bom ke atas kawasan awam Gaza pada awal serangan.

Serangan besar-besaran ini mensasarkan 37 buah rumah, 67 pusat latihan dan keselamatan, 20 bengkel, 25 institusi awam dan swasta, 7 buah masjid dan 3 buah institusi pendidikan.

 

Sumber: Days of Palestine

 

======================

Disclaimer: Penulisan adalah merujuk kepada sumber dan bukan daripada penulis dan Aman Palestin Berhad

======================

 

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin

#JomMenyumbang

#BangkitBerjuangBersama

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin