144 MANGSA TAHANAN ISRAEL SEPANJANG APRIL 2021

19 April, 2021

Seramai 144 warga Palestin terpaksa mengharungi detik suram apabila mereka ditahan oleh Tentera Rejim Israel tambahan lagi mereka sedang berusaha memeriahkan bulan Ramadan. Tahanan tersebut termasuk 6 orang wanita dan 5 kanak-kanak. Turut ditahan juga adalah empat orang calon yang akan bertanding dalam pilihanraya yang akan berlangsung tidak lamat lagi.

 

Menurut Palestinian Center, tahanan-tahanan tersebut dilepaskan beberapa hari selepas mereka ditahan tetapi tidak dinyatakan berapakah jumlah yang telah dibebaskan. Dalam kenyataan Imad Abu Awwad iaitu aktivis Hamas, tindakan penahanan tersebut sememangnya menunjukkan bahawa Israel cuba untuk mencampuri urusan pilihanraya dengan cara penahanan calon dari Hamas.

 

Dianggarkan 4,500 warga Palestin dipercayai ditahan di dalam penjara termasuk 41 wanita, 140 kanak-kanak, 440 tahanan politik, menuurut data yang dikumpulkan.

 

Sumber: Middle East Monitor

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin