250 WARGA PALESTIN DITAHAN KURANG SEBULAN MASUKNYA TAHUN BARU

Kurang daripada sebulan selepas masuknya tahun baru 2021, Palestin mencatatkan seramai sekurang-kurangnya 250 warga Palestin ditahan oleh pihak berkuasa Isr.ael atas sebab-sebab yang tidak munasabah.

Menurut Pengarah Palestine Center for Prisoner Studies , beliau menyatakan bahawa tahun 2021 tidak kelihatan begitu baik apabila penahanan dalam jumlah yang banyak pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya dalam dua minggu pertama permulaan tahun.

Beliau juga menekankan maklumat mengenai penangkapan yang dilakukan adalah termasuk golongan yang tidak menjadi ancaman iaitu remaja dan kanak-kanak di bawah 18 tahun. 30 orang yang ditahan berumur bawah 18 tahun dan ia adalah penahanan yang tidak masuk akal ditambah lagi dengan alasan penahanan yang tidak masuk akal.

Sumber: Days of Palestine

======================

Disclaimer: Penulisan adalah merujuk kepada sumber dan bukan daripada penulis dan Aman Palestin Berhad

======================

 

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin #JomMenyumbang #BangkitBerjuangBersama

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin