540 LAGI PENEMPATAN HARAM ISRAEL DIBINA DI TANAH PALESTIN

Pada 7 April 2021, satu lagi projek mega Israel telah diluluskan dan projek itu adalah pembinaan 540 penempatan haram Israel lagi untuk menampung jumlah penduduk haram yang lebih banyak. Projek tersebut akan didirikan di timur baitulmaqdis, Palestin.

 

Menurut laporan yang dikeluarkan akhbar Israel Haaretz, 540 unit rumah akan didirikan di Beit Safafa dan Sharafat. Penempatan ini dibina bersambung dengan dua lagi penempatan haram yang besar di Har Homa dan Givat Hamatos, timur Baitulmaqdis. Palestinian Authority (PA) mengambil keputusan untuk mengutuk pembinaan tersebut dan ia sememangnya bertentangan dengan undang-undang Resolusi 2334 UN.

 

Pembinaan penempatan haram di Baitulmaqdis ini tidak lain adalah untuk membina komuniti penduduk haram Israel di sekeliling Masjid Al-Aqsa dan berusaha untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai satu kawasan jajahan Israel secara menyeluruh.

 

Sumber: Middle East Monitor

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin