70 Peratus Kes COVID Palestin Datang Dari Varian Delta

Ibrahim Azran | 15 Ogos 2021, 3.05 PM

TEBING BARAT - Pegawai kesihatan Palestin bahagian COVID-19 di Tebing Barat, Wissam Sabihat mengatakan bahawa lebih 70 peratus kes COVID-19 dijangkiti daripada mutasi varian delta.

Beliau berkata dalam satu temubual radio rasmi Suara Palestin dengan mengatakan bahawa jumlah jangkitan yang dikenalpasti tidak menggambarkan keadaan situasi sebenar jangkitan dalam kalangan rakyat kerana keengganan ramai rakyat Palestin untuk membuat ujian COVID-19. Belua juga menyebut bahawa gelombang keempat mungkin akan bermula di beberapa wilayah tebing Barat.

Sabihat menyeru rakyat Palestin untuk mendapatkan vaksin demi memutuskan rantaian jangkitan wabak itu.

Data daripada Kementerian Palestin menunjukkan bahawa sebanyak 3,000 hingga 5,000 pemeriksaan dilakukan setiap hari dan kadar jangkitan aktif meningkat sehingga 1% daripada keseluruhan jangkitan.

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin