Bantuan Kelengkapan Rumah Erat Hubungan Aman Palestin, Perwira Dengan Masyarakat

Miftahul Khair | 14 Januari 2022, 10.00 AM

HULU LANGAT - Aman Palestin dan Kelab Perwira Malaysia meneruskan usaha memberikan bantuan buat penduduk di Hulu Langat yang terjejas akibat banjir yang melanda penempatan di sana. Dalam masa yang sama, usaha ini menjadi satu kaedah merapatkan lagi hubungan di antara Aman Palestin, Perwira dan warga Malaysia.

Sumbangan yang diagihkan memberi manfaat kepada lima buah keluarga dan fokus sumbangan tertumpu kepada kelengkapan dapur dan peti sejuk untuk kemudahan memasak. Antara bantuan yang diagihkan termasuk dapur gas, tong gas dan peti sejuk.

Aman Palestin dan Kelab Perwira Malaysia akan meneruskan lagi usaha mengagihkan bantuan buat mangsa banjir dalam masa yang terdekat dan pihak Aman Palestin menyeru masyarakat untuk terus bersama membantu mangsa banjir yang juga saudara sesama negara.

 

© Hakcipta Terpelihara 2022, Aman Palestin