BANTUAN MANGSA BANJIR TETAP DITERUSKAN MESKIPUN PKP

21 January, 2021

Aman Palestin dengan kerjasama Kelab Perwira Malaysia, Yayasan Maghfirah dan Relawan Muda terus berusaha dalam memberikan bantuan yang terbaik buat mangsa banjir di beberapa kawasan di Malaysia.

Hujung minggu ini, pasukan misi Bantuan Mangsa Banjir meneruskan lagi bantuan untuk diagihkan kepada mereka yang terjejas akibat banjir yang melanda. Dalam masa yang sama, setiap pergerakan misi akan sentiasa berada dalam keadaan pematuhan SOP yang ketat.

Aman Palestin meletak harapan besar kepada seluruh masyarakat untuk bersama-sama menjayakan misi sukarelawan Bantuan Mangsa Banjir kali ini melalui sumbangan yang masyarakat salurkan agar mereka yang kesusahan dapat menarik sedikit nafas lega.

======================

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin #JomMenyumbang #BangkitBerjuangBersama

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin