BANTUAN PDRM TERENGGANU DEMI KESEJAHTERAAN WARGA PALESTIN

31 May, 2021

Alhamdulillah pada 30 Mei 2021, satu perjumpaan diadakan bersama Polis Diraja Malaysia Terengganu dengan Aman Palestin bagi tujuan agihan sumbangan Bantuan Kecemasan Al-Aqsa. YDH DCP Dato' Roslee bin Chik, Ketua Polis Terengganu menyerahkan sumbangan kepada En. Kamarul Azizan, Pengurus Aman Palestin Terengganu sebagai tanda kebersamaan PDRM Terengganu bersama Aman Palestin

Sebanyak RM16,701 disumbangkan kepada Aman Palestin dan usaha ini dilihat sebagai satu suara solidariti para frontliner Malaysia yang mempertahankan keamanan di Malaysia kepada  frontliner Palestin yang sehingga kini berjuang mempertahankan Masjid Al-Aqsa demi kesejahteraan umat Islam seluruh dunia.

Warga Aman Palestin mengucapkan jutaan terima kasih warga PDRM Kontijen Terengganu kerana prihatin dengan isu Palestin dan memilih Aman Palestin untuk menyalurkan bantuan tersebut.

 

#AmanPalestin

#WdrPrintings

#KamiPilihAmanPalestin

#JomMenyumbang

#BangkitBerjuangBersama

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin